Make your own free website on Tripod.com
Into the '90s...
"Waaah...kita dah ada junior la..."
New Hostel! Here we come!!!
"Eeei...takutnya nak lalu depan Big School!"
"Eh, kenapa ada form three lepak sini?"
"Tu form three New Hostel la...diaorang jaga kita, kira bakal jadi anjing la tu..."
"Anjing? Apa tu?"
"Laa...que la kau ni! Anjing tu prefect la!" "Ooo...que tu apa lak?"
Bermulanya satu pembelajaran yang tidak formal...
Kampung-bandar, babi-beruk, kuda-ular, anjing-biawak...Errr..jambu?
"Eh...diaorang bagi-bagi dorm ikut house la!"
Satu locker kongsi dua orang...Apa ni?
"Kau ingat kita kena common room lagi tak? Yang sebelah tu study room kita ke?"
"Bukan!"
"Laaa...warden pun ada duduk sini?"
"Bangun, bangun semua! Diri tepi katil! Cepat!!!"
"Apahal lak ni?"
"Korang ni respect la senior tu, walaupun korang dah ada juniors...Jangan lah susahkan kitaorang. 
Dah la kena sound dengan form five, kena lagi dengan prefect New Hostel. Kitaorang ada SRP tau tahun ni. Korang paham tak???"
Gedegang!!! Locker jadi sasaran! Kesian...
"Paham bang..."
Games Hour
"Jom gi swimming..." "Ok! Eh, kau tak main bola kat desert ke?"
"Tak la...budak-budak ada main kat sebelah dining hall tu jugak."
Kranggg! "Amende tu?" "Alamak! Tingkap dining hall pecah la..."
Hello Uncle David!
"Pakcik Salam!!! Goreng pisang ada tak hari ni?"
"Alamak...nak gi class yang lemah ni...kena lalu depan senior com!"
"Kenapa?" "Takut form five tahan la..."
Form two punya class kat mana? "Eh, kita dapat block form three la!"
"Wei, fect mana duty malam ni? Warden sapa woi?" Ntah!
"Assalamualaikum prefect!"
"Ni apa ni??? Kotor! Sapa duty sapu sampah malam ni? Duty roaster pun tak buat lagi?"
"Eh, malam ni ada BTK lagi tak kau agak?"
Kringgg!Kringg!! "Fire! Fire!!!"
"Laaa...fire drill malam-malam? Ke terbakar betul-betul?"
"Beratur ikut dorm masing-masing. Sapa bedmate dia tak ada?"
"Kenapa tak kejut bedmate awak ha??? Berapa orang yang 'hangus' malam ni?"
"Okay, awak semua lari keliling padang hoki ni...Jangan ada gap sikit pun. Lari!!!"
Marathon tengah malam di Bumi Kuala...
"Ooo...sapa-sapa kena DC diaorang tarik roller kat padang hoki ni la..."
"Eh! Kita boleh tengok wayang kat town ke?" "Form three nanti boleh la..."
"Weekend ni wayang koleq best wei! DEATH STALKER..."
"Menarik tu! Tengok jom!!!hehehe..." "Aku takleh gi la...scout ada camping!"
"Waaa...cun la! Kita dah boleh pakai Black War! Weekend ni kita gi beli jom!"
Ramadhan 1410...
"Malam ni kau order nasik goreng ayam tak?" "Tak ada sen la...tadi aku dah belanja banyak kat lembah dah..."
"Wei! Ada orang pitam tadi masa beratur kat dining hall kan?"
Kesian Latoque...
"Tadi masa nak gi prep, form five main mercun. Habis aku kena attack! Nasib baik tak terbakar kain aku!"
"Emm...tahun ni pakai lampu lip-lap pulak...Kita nak buat mana satu? Panjut ke lampu lip-lap?"
"Hoi!!! Sapa kutuk-kutuk form five tadi??? Claim cepat!!! Ni ada member kau dah kena tibai dalam senior com ni..." Alamak! Mati la...
"APRIL FOOL!hahahaha!!!!" Ceh! Buat orang menggelabah aje...
Pemilihan AJK batch...'T.N.G.' dilaung-laungkan...
Apa T.N.G. tu Poen?
"Sadat, malam ni boleh tumpang semayang kat corner kau? Kau dorm IT kan?"
Kill Z.U.T.I.X.???
"Aku dengar lepas raya ni, kita makan kat dining hall Big School..."
"Fire!!!! Fire!!!!!!" Kring! Kring! Kringgggg!!!!.....
"Awak semua dah naik kepala ha? Pergi snack tak tau jalan elok-elok ke? Ni lari macam tak jumpa makanan setahun! Buruk perangai betul!!!"
"Malam balik prep pun macam tu...Saya tau awak semua rush nak tengok TV! Sampai Isyak pun semayang tak betul!"
"Awak nak lari sangat ye??? Haa...kita buat lari berganti-ganti ikut dorm...Dorm mana yang last, siap!!"
Aku kena lari laju-laju la!!! Larat ke?
Alamak! Moni la! Mati la kita........
"Haaa...saya ada satu idea menarik...apa kata awak usung goal post hoki ni dari hujung ni sampai hujung sana?"
Damn! Gila kot???
Ooo...ramai-ramai rupanya...
"Okay, saya nak awak ingat apa yang saya cakap malam ni...Awak boleh balik dorm sekarang."
Dah pagi la...tak cukup tidur lagi! Tak pe...kat kelas boleh tidur!
"Wei...dorm 10 tak ada cerita pasal midnight train ke?"
"Weekend ni kalau tak kena confinement kita gi Modern nak?" Buat apa?
"Aku nak alter seluar la...Kau ni...takkan nak pakai bell-bottom lagi? 12 okay tak? Kalau ada sen, aku nak alter tie dengan buat seluar satu...yang ada 'plit' punya..."
Laaa...nak bukak seluar kena pakai beg plastik? Siksanya!!!
"Kau ada dengar tak? Thaman nak check seluar kita la...Sapa punya seluar yang takleh masuk botol Coke kena ambik nama la!!!"
"FIRE! FIRE!!!!!" Kring! Kring! Kriiiiing!!!!! "Cepat la woi!!!"
"Awak ni memang dah naik kepala! Sekarang dalam batch awak ada pencuri..."
Haa???
"Saya nak buat sport check dari dorm ke dorm...kalau saya jumpa sapa pencuri tu...tapi sebelum tu, macam biasa...Lari!!!"
Apa budak MC buat tu? Apa kena lari tengah-tengah malam?
"Okay, penat dah? Sekarang awak baring atas padang ni...kita buat senamrobik lak!"
Haaa...Saber! Selamat la kita..."Laaa....dia buat tak tau aje?"
Lampu dibuka, locker diperiksa...
Berdebar-debar hati...Sapa pencuri tu???
"Hmmm...Awak nak tau satu benda? Malam ni kami jumpa beberapa 'barang' di dorm IT. Lain yang kami cari, lain yang kami jumpa!!!"
"Eh!!! Saya tak puas hati dengan awak semua la...! Bangun semua!!! Saya nak awak datang sorang-sorang kat saya bila saya sebut nombor dobi..."
"D1!!!!" Buk!!!
"D2!!!!" Buk!!!
"D3!!!!" Buk!!!
"D4!!!!" Buk!!!
Aduuuush! Sakitnya...Kerasnya kepala dia!!!
"Alaaa...dia main takraw, dah biasa...."
"Eh,apsal kau selamba aje jumpa dengan form five tu? Kan fect dah pesan jangan cakap dengan senior..."
"Alaaa...kau mana tau! Banyak tau diaorang cerita pasal life kat koleq ni. Sapa yang boleh trust, sapa yang takleh.."
"Wei...nanti bila train ni stop Ipoh kita turun nak?" "Buat apa?"
"Alaaa....main game la. Tengok wayang ke..."
"Eh, ada budak kena caught 'skome' aku dengar...sapa ha?"
Black vs Blues
Anak Melayu bertarung di rantauan...
Penghujung 1992...
"Alamak! Form five datang mintak souvenir la!!!"
Candle light nite...
"Eh, lagu apa lak ni? Apsal lain dari last year?" Ntah!
Jaga koleq baik-baik, jaga pride koleq...
"Tahun ni tak sedih sangat macam last year kan?" Haah...
Berakhirnya musim kedua di Bumi Kuala...