Make your own free website on Tripod.com
Penghijrahan ke 'Sekolah Besar'...
"Eh, kau duduk mana?" Aku kat East Wing, satu dorm dengan Bob
Takut la dengan form five...Semua besar-besar!
"Ingat apa prefect pesan masa kita form two dulu!"
Apa diaorang cakap? Heh...
"Laa...form three New Hostel rupanya kau."
Patutla tak nampak muka kat Big School...
"Ish! Risau la...tahun ni SRP!" Lambat lagi...
Haaa...duduk Big School ni baru lepak, tak ada common room dengan fire drill
"Eh, malam ni fect dorm ni nak jumpa kita kat cube dia..."
Alaaa...apa lagi? Ingatkan dah tak ada kena mengena dengan prefect lagi!
Laaa...nak berkenalan rupanya
"Waaa...ada kerabat di raja masuk batch kita la!"
Sapa tu?
"Eh, kita tak pindah blok la...caya lah!"
"Laa...muka kau lagi kat kelas ni! Tak masuk PK1 ke?"
"Wei! Jom tengok wayang kat Rex weekend ni."
Haa...kat sini confinement baru logik sikit!
Tapi ada DC! Silap-silap kena keluar depan...
"Eh, sapa nak jadik cheerleader kita?"
"Petang ni jom lepak kat kelas."
Buat apa? Usha form one main bola...
"Eh, dia tu okay jugak kan?" Laa...ke situ pulak!
"Wei...pagi ni sapa duty bersih railings?"
Alamak...kat sini pun ada duty jugak ke? Dah le kena kemas katil form five...
Tahun ketiga dalam set C...
Tak pe...tahun depan aku nak masuk set A la...
"Eh, form two ni pun orait jugak kan?" Sudah la wei...
"Laaa...kau ni budak PK, kenapa lepak kat SPU?"
"Diaorang study maut la...aku nak lepak-lepak."
"Asyik muka-muka sepuluh orang ni aje..."
MAFIA...
"Oit! Mari sini jap. Kau pergi karpet kejap...nah duit."
Ish! Hari-hari aku kena...
Takpe...nanti masa aku form five, aku pun nak suruh form three pergi karpet!
"Eh, malam ni form five nak jumpa kita lepas lights off."
Alamak! Kita ada buat salah ke?
Cisss...suruh menyayi rupanya!
"Korang nak sembahyang pergi surau. Tak boleh sembahyang dalam dorm!"
Hmmm...sampai bila la kita nak kena ikut cakap orang?
Inspection pagi Sabtu!
"Sapu bersih-bersih dalam dengan luar dorm, bersihkan railings belakang..."
"Lepas tu kau kemas katil aku dengan sapu bawah katil aku..."
"Haaa! Satu lagi, kilatkan kasut aku!"
Alamak...jadi kuli lagi!
Kringggg...!!! Inspection start!
Rilek la...kat Big School inspection cepat, pasal warden buat...
"Rambut panjang! Hari ni potong, malam nanti saya nak check!"
"Wei! Form five selalu makan kat sini kan?"
"Haah...tapi tak semua tau!"
"Jom makan kat sini..." Kau gila ke???
Tak pe...nanti form five aku nak makan kat sini selalu.
Laaa...Saudiah penuh la!
"Petang ni wayang cerita apa?" "Ntah! Cina kot..."
"Jom..."
"Best sial...petang tengok wayang, malam tengok wayang lagi!"
"Wei, kau keluar town tak petang karang? Aku nak kirim nasik Saudiah lauk ikan keli ni..."
"Hmm...bila la form three nak dapat permision prep lepas lights off nih?"
Budak-budak form one ni boleh tahan jugak yeee....?
"Wei...kau nih!" Astaghfirullah...
Sapa penghulu 1991?
"Ntah!"
"Wei, aku booking budak tu..."
"Apa la kau...SRP pun belum lepas lagi."
"Eh, sapa cikgu tu? Psycho semacam aje..."
Haaa...dia la cikgu kaunseling..."Ha! Ha! Ha!"
Tak buat kerja sekolah? Haaa...lari padang...
Isk...isk...isk...
"Laaa...aku lagi teruk, sampai cikgu nangis lagi!"
"Aaaa...sapa-sapa nak masuk BRA?"
"Wei....BRU la...Badan Revolusi Ugama, bukan Badan Revolusi Agama."
Eh, iye ke Ajmel?
"Haaa..tahun ni kita lantik sapa kita punya cheerleaders!"
Okay...dah ada pun...
Mati la diaorang ni kena dengan cheerleaders form 5...
Ramadhan menjelang tiba... "Wei...kau bila nak pergi terawih? Sedar la...SRP dah dekat..."
"Waaaa....tahun ni panjut! Mesti cun punya lah! Baru terasa macam nak raya..."
"Eh, kau tau tak? Ada form five nampak kita tulis lambang T.N.G kat TAR Hall masa cheering practise?"
Mati la kita...
"Tahun ni puas kita pergi cheering kan? Dah la organize sendiri..."
Laaa...mana budak-budak form one ngan form two bila cheering away?
"Ooo...hanya mereka-mereka yang tertentu aje boleh pergi..."
Mesti angkara anjing keparat nih!
"Weiii...SRP esok oi!"
"Alaaa...lepak la...petang ni jom nengok wayang cerita Home Alone kat Rex."
SRP 1991...Satu sejarah hitam buat Kolej Melayu...
Kenapa pulak? "Ntah la Yeop..."
Anak-anak Melayu berjuang di gelanggang kepunyaan Mr. Hargreaves...
"Wei! SRP dah habis wei!!! Jom celebrate kat KFC!"
"Lepak dulu...amik gambo sat!"
Projek lepas SRP...
"Hah! Kena masuk kampung? Menarik tu..."
"Aku panggil korang ni pasal ada form five sound aku pasal kita."
Lega SRP dah habis...Rasa-rasa boleh lepas punya la...
Detik 3am pada suatu pagi yang hening...
"Pssst, bangun...form five panggil depan senior comm."
"Korang ni kira betik exotica..."
"Ooo...nak tunjuk gangster yee?" Buk! Buk! Buk!
Budak kampung...susah senang sama-sama...
"Kaaaamu niiii....aku taaaaala kang!"
Eh sapa tu? Tak pernah nampak pulak kat koleq?
Ooo...orang luar rupanya...
"Mula-mula kau kena ada orang yang kau boleh panggil ni...."
American Express...Sapa yang dapat kelebihan?
"Lepas tu kau jaga dia punya...."
Weiii....TV malam ni cerita best, Pride and Prejudice!
Ape benda kau merepek ni??? "Bila dua-dua dah kuat, baru kau boleh form....."
"Kau Brother aku, errr...jom nengok cerita Robin Hood!"
Sah...memang dah laloq...
"Aku nak kau ingat tiga benda ni..."
"Ooo...mengantuk yee?" Buk! Buk! Pang!!!
Pehhh...sakit gila!
Allahu Akbar...Allahu Akbar...
Haaa...azan Subuh! Selamat aku...
"Eh, selambanye dia kirik!"
Anak-anak babi pulang ke kandang...Ngantuk weh!
"Wei...presiden batch panggil kita laaa..."
"Aku tak nak la batch kita ada jadik babi..."
Apa hal plak???
"Biar la kita jadik batch yang pertama tak ada benda-benda ni semua...."
Laaaaa....apa dia tau??? T.N.G kot?
Tahun depan kita kena ready...Berok besar-besar!
"Laaa! Tinggal banyak ni aje? Mane yang lainyeeeee?"
Orang kampung...tak ramai mana tapi semua bersatu...
"Next year biarpun tak ramai, tapi kita mesti lebih unite dari diaorang!"
Musnahnya wawasan Encik Presiden...
Tak sedih Poen?
Kita hanya mampu merancang...
Penghujung 1991...
Angin Kuala meniup sayu...pokok-pokok melambai pemergian anak-anak desa
"Wei...kita kena jaga naga malam ni!"
Apsal? Tak dapat la rasa candlelite!
Bahaya weii...nanti binatang datang kacau naga!
Sapa lak? Ooo...lupa...beruk terlepas kandang!
Eh, kadang-kadang rasa tersisih kan?
Takpe....tengok aje la next year...
"Sayup-sayup terdengar merdu suara seruling...
Mendendangkan lagu anak desa..."