Ketika Rasulullah berkata:"Api dunia kamu adalah satu
dari 70 bahagian api neraka"
, lalu seseorang
bertanya, "Ya Rasulullah,adakah ia tidak akan mencukupi
untuk membakar orang kafir?" Maka Rasulullah menjawab,
"Api neraka mempunyai 69 bahagian lebih dari api biasa
di dunia, dan kesemuanya adalah sangat panas
sebagaimana ia (api dunia)"
. Riwayat Bukhari.

KESAN NERAKA PADA DUNIA KINI

Kesan-kesan kehebatan neraka dapat dirasai di dunia
ini lagi berdasarkan hadis Rasulullah: Diriwayat oleh
Abu Hurairah:

Rasulullah bersabda: "Api neraka mengadu kepada Allah
dengan berkata;"Hai Tuhanku, bahagian-bahagian padaku
memakan di antara satu sama lain."Lalu Allah
membenarkannya mengambil dua pernafasan iaitu pada
musim sejuk dan pada musim panas. Inilah sebabnya
mengapa kamu terasa terlalu panas dan terlalu sejuk"
,
Riwayat Bukhari.

Next article is on Makanan Dan Minuman Ahli Neraka.