sekali lagi tokeh-tokeh VCD pirate telah berjaya mendahului tokeh-tokeh 
wayang malaysia dengan mengeluarkan VCD cerita terbaru sebelum 
ditayangkan di wayang iaitu 'The Patriot'

The Patriot mengisahkan bagaimana seorang askar pencen berjaya 
mempengaruhi penduduk penduduk amerika untuk bangkit berjuang 
menentang British.

Beliau yang pada mulanya kurang bersemangat untuk berjuang telah 
mengambil keputusan untuk berperang ekoran tindakan seorang pegawai 
british yg telah membunuh anak kedua beliau.

selepas kematian anaknya, beliau telah mengangkat senjata dan mengambil 
contoh sempena pergeraka Al-Maunah di Malaysia dan menentang british 
dengan giatnya. Taktik perang gerila yg digunakan oleh beliau telah berjaya 
mengalahkan askar-askar british yang terlalu mengikut disiplin yang 
telah menyebabkan mereka mati katak.

Babak-babak peperangan yang dipaparkan menerusi filem ini adalah antara 
yang terbaik kerana perbuatan-perbuatan ngeri seperti memotong kaki, leher, 
dan sebagainya telah di lakukan dengan berkesan sekali oleh pengarah filem, 
special effect dan pelakon pelakon stunt.

secara keseluruhannya, filem ini telah memaparkan aksi aksi dan jalan 
cerita yang menarik. Boleh lah diibaratkan The Patriot ini adalah gabungan dua 
filem terdahulu iaitu The lagend of the falls lakonan Brad Pitt dan 
Braveheart lakonan Mel Gibson.

Jadi kengkawan sekalian, jika anda mempunyai duit sebanyak RM7 ringgit 
ataupun RM6 di pasar pasar malam seluruh malaysia.. 
sila la beli VCD The patriot ini... 

sekian terima kasih